Hubungan diplomatik Acheh-Uthmaniyyah

0 0
Read Time:1 Minute, 57 Second

Pada 7 Januari 1566, Sultan Acheh iaitu Sultan Alladdin Shah telah mengutus surat kepada kerajaan Uthmaniyyah Sultan Suleiman. Surat tersebut dibawa ke Istanbul oleh Huseyin Efendi. Dinyatakan didalam surat tersebut bahawa Portugis cuba mengawal Lautan Hindi. Kapal Acheh yang membawa jemaah haji telah diserang Portugis sehingga karam sedangkan jemaah haji lansung tidak bersenjata.

Dijelaskan lagi bahawa kapal tersebut turut membawa pelbagai rempah ratus dan dijangka tiba ke Mekah pada 972 Hijrah. Namun 3 kapal perang dan 7 perahu Portugis telah menyerang kapal haji sehingga 500 jemaah telah mati dan dibiarkan terapung di laut. Baki jemaah yang hidup telah ditangkap untuk dijual sebagai hamba abdi. Pada waktu ini juga Melaka telah ditakluk Purtugis dan sekaligus mereka telah mengawal Selat Melaka sepenuhnya. Ini telah memberi tekanan kepada pihak Acheh yang turut menggunakan Selat Melaka.Sultan Allaadin Shah yang berada didalam keadaan terdesak terpaksa meminta bantuan kepada pihak Uthmaniyyah. Antara bantuan yang diminta adalah senjata, tentera dan kepakaran didalam peperangan.

Selain itu, sultan menawarkan tempat tinggal kepada rakyat Uthmaniyyah yang ingin menetap di Acheh. Menurut baginda didalam suratnya:“Kami berharap Tuanku dapat memberitahu kepada Gabenor Mesir, Yaman, Pembantu Gabenor Jeddah dan Aden kami bukanlah musuh mereka tetapi pembantu…. Jika kamu menghantar bantuan ketenteraan laut lengkap dengan senjata dan meriam, kami yakin Portugis akan kalah….. Tuanku! Kami memohon agar dihantar bashlikcha (peluru torpedo), meriam yang boleh meruntuhkan istana. Surat kerajaan Acheh telah dibalas pada 20 September 1567 setelah kematian Sultan Suleiman. Anakanda baginda Sultan Selim II telah menaiki tahta dan menyediakan kelengkapan ketenteraan kepada Acheh. Sebanyak 15 buah perahu perang, 2 kapal perang, seorang pakar meriam bersama 7 orang anak buah, tentera bantuan dari Mesir, senapang rifal, bahan untuk meruntuhkan istana. Mustafa Chavush yang menjadi perwakilan duta Acheh bertanggungjawab menyediakan kesemua arahan sultan.

Sultan Selim tidak sekadar memberi bantuan ketenteraan kepada Acheh tetapi turut menyediakan kepakaran membuat merian, senjata dan pakar didalam peperangan. Semenjak itu, telah berlaku revolusi besar-besaran teknologi peperangan di kepulauan Melayu. Menurut beberapa rekod sepanjang abad ke-17, lebih 1200 buah meriam dan lebih 800 senjata ringan dihasilkan pihak Acheh. Tidak janggal untuk mengatakan bahawa Acheh telah menggantikan Melaka sebagai sebuah kuasa besar pada waktu itu.

Rujukan

1. International Conference of Acheh and Indian Ocean Studies – Ottoman Acheh Relations According to Turkish Sources

2. Southeast Asia in the Ottoman Empire

3. Bustanus Salatin

#acheh

#ottoman

#uthmaniyyah

#malaysia

#indonesia

#Histourism

#AsiaTenggara

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.