Perjumpaan team Histourism bersama Tun Mahathir

0 0
Read Time:52 Second

Pada 6/4/2021, pihak Histourism bersama wakil-wakil NGO telah melakukan perjumpaan rasmi bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Perjumpaan dilakukan di Pejabat Yayasan Perdana, Putrajaya.

Objektif perjumpaan adalah untuk mendengar pandangan Tun mengenai sejarah di Malaysia. Terdapat banyak perkara yang dibincangkan antaranya mengenai Melayu, ekonomi, politik dan masa depan orang Melayu. Kami juga mengambil peluang untuk bertanya beberapa soalan sensitif kepada beliau. Setelah mendengar jawapan, ternyata kami akui beliau mempunyai alasan yang sangat kukuh dalam setiap tindakan beliau di dalam menerajui arena politik.

Bahkan apa yang menarik setiap kata-kata beliau konsisten dengan ideologi sama sejak 20 tahun dahulu terutama mengenai Melayu. Kami tidak katakan beliau manusia sempurna, dan beliau sendiri mengakui bahawa beliau juga pernah membuat kesilapan. Namun berinteraksi dengan bekas Perdana Menteri dengan pengalaman lebih 22 tahun adalah perkara yang sangat luar biasa.

Jika anda tertanya apakah sifat Tun Mahathir yang kita boleh ikuti didalam kehidupan? Jawapannya ialah semangat dan konsisten beliau kekal semenjak 95 tahun dahulu. Jadilah kami menulis setakat ini, nantikan live video daripada kami kelak.

#TunMahathir

#politik

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *