“Semi-Glam Camping” di Perlis

0 0
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kini, muncul satu lagi trend terbaru dalam sektor perkhemahan iaitu “Glamourous Camping” ataupun dikenali sebagai “Glamping” yang begitu digemari oleh golongan muda yang serba trendy dan moden.

Glamping hadir dengan suasana perkhemahan biasa dan konvensional namun menawarkan kemudahan dan layanan yang lebih baik seperti pakej penyediaan khemah, makanan dan lain-lain di lokasi perkhemahan yang sangat indah dan cantik.Pelancong yang memilih untuk berkhemah dengan konsep ini tidak perlu lagi membawa peralatan perkhemahan.

Pihak penyedia perkhidmatan akan menyediakan segala fasiliti perkhemahan untuk anda menikmati perkhemahan ala “hipster dan glamping” ini. Perkhemahan ini tidak lengkap tanpa tawaran aktiviti outdoor yang fun dan menarik seperti BBQ dinner, night trekking dan jungle trekking, cave exploring, team building, camp fires, bermain pelbagai jenis fun games untuk dewasa dan kanak-kanak, berendam dan mandi sungai, cycling dan berkaraoke dengan pemandangan dan suasana alam semulajadi yang begitu mendamaikan.

Kini pihak Histourism – History & Tourism telah penyediakan pakej “perkhemahan semi glamping dan hipster” kepada anda semua dan ianya merangkumi semua peringkat umur. Pakej termasuk penyediaan khemah, makanan, guide untuk eksplorasi gua, surat kebenaran polis, jabatan hutan serta insurans.

Bagi anda yang berminat dengan aktivi-aktiviti outdoor, hubungi pihak kami sekarang untuk info-info yang lebih lanjut dan menarik.

Kredit gambar

Kelab Mendaki & Kembara – Hikers PerlisTourism Malaysia Northern Region

Unic Astana Holidays

Asmaiza Ahmad – EXCO Pelancongan Perlis

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *