Eksplorasi Gua Kelam, Perlis

0 0
Read Time:1 Minute, 41 Second

Team Histourism – History & Tourism telah berkesempatan untuk melawat Gua Kelam 2 yang terletak bersebelahan Gua Kelam 1 di Banjaran Nakawan dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu, Perlis. Ianya terkenal sebagai lokasi perlombongan bijih timah dengan kualiti yang sangat bermutu tinggi.

Kawasan Gua Kelam ini adalah satu-satunya kawasan perlombongan bijih timah di dalam gua semulajadi di dunia. Pelombong Melayu adalah golongan yg pertama menemui bijih timah di dalam gua ini sebelum dilombong oleh pelombong cina secara besar-besaran.

Mengikut sejarah, Tauke Nayan dari Kg Kechor mukim Salang telah memulakan perusahaan bijih timah di kawasan Sungai Pelarit, iaitu kawasan yang meliputi Gua Kelam ini. Namun beliau telah menjualnya kepada Tauke Kong Fatt, seorang pelombong cina yg mengusahakan Syarikat Perlombongan Kong Fatt. Semenjak itu, ramai pelombong asing dari China telah datang dan bekerja sebagai buruh di Gua Kelam ini. Pada tahun 1920, pendapatan kasar seorang buruh adalah sebanyak RM2 – RM4 sebulan.

Di dalam gua, sistem dulang digunakan untuk melombong bijih timah. Ketulan tanah dan batu akan di ayak di dalam air dengan menggunakan dulang yang leper dan diperbuat dari kayu. Beberapa kolam air telah dibuat bagi tujuan ini. Air disalirkan dari aliran sungai yang mengalir di dalam Gua Kelam. Pelombong terpaksa berjalan dan melombong melalui gua-gua sempit semulajadi di dalam gua ini sambil membawa ‘colok’ yang diperbuat dari getah Damar untuk tujuan pencahayaan.

Pelombong juga terdedah dengan risiko cuaca dan paras air kerana telah banyak nyawa yang telah terkorban akibat terperangkap di dalam gua semasa hujan lebat dan banjir. Mereka yang terkorban akan dikebumikan terus di dalam Gua Kelam. Ini dibuktikan dengan penemuan sebuah bilik yg dipenuhi batu yang disusun berbentuk piramid yang digunakan sebagai lokasi pemakaman di dalam kompleks gua ini.

Terdapat pelbagai trail laluan di dalam Gua Kelam 2 ini. Hanya beberapa trail saja yg dibuka kepada pelawat merangkumi laluan darat dan air. Untuk anda yang ini menikmati pengalaman eksplorasi Gua Kelam 2 ini, jom ke Perlis bersama kami di Histourism. Gua Kelam menjanjikan pengalaman yang sangat menarik. Jom kita ramai2 ke Perlis!

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *