Kangar Street Art

0 0
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kalau masuk ke Pekan Kangar, rugi tak singgah Kangar Street Art. Kangar Street Art dahulunya adalah sebuah lorong biasa belakang kedai di tengah Pekan Kangar. Namun, ianya berubah wajah setelah Persatuan Pelukis Negeri Perlis mengambil insiatif untuk melakukan projek melukis mural di sepanjang lorong tersebut.

Kini, Kangar Street Art mempunyai 25 lukisan mural, hasil karya dari para pelukis Persatuan Pelukis Negeri Perlis yang terdiri daripada anak jati negeri sendiri. Peluh keringat mereka dalam berkarya di lorong ini membuahkan hasil yang amat memberangsangkan daripada warga tempatan mahupun pelancong luar negara apabila ianya menjadi lokasi tumpuan pelancongan riadah dalam Pekan Kangar.

Lukisan mural ini banyak menggambarkan kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Negeri Perlis misalnya Awang Batil Penglipur Lara. Ada juga lukisan mural yang mengamit nostalgia lalu Pekan Kangar sekitar tahun 80an – 90an. Tambahan lagi, ada beberapa lukisan 3D yang menjadi kegilaan generasi muda untuk bergambar turut dilukiskan di sini.

Setiap malam minggu, pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi mengamit kemeriahan bersama orang ramai yang datang melepak disini misalnya persembahan busker/band, permainan tuju kasut, permainan dart, batu seremban,tempahan potret karikatur dan lain-lain lagi.

Tahukah anda, Kangar telah berusia 367 tahun. Menurut catatan sejarah, Kangar telah dibuka oleh Tok Paduka pada tahun 1653. Beliau merupakan orang besar pada zaman pemerintahan Kesultanan Kedah iaitu Sultan Muhyiddin Mansur Shah ( 1652 – 1661 ). Pada ketika itu, terdapat pohon Kangar di Sungai Perlis sekaligus menamakan tempat itu sebagai Pelabuhan Pohon Kangar. Pelabuhan ini menjadi tempat berlabuhnya tongkang besar dan perahu kecil untuk tujuan perdagangan. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Pekan Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis. Kini, Kangar telah menjadi ibu negeri Perlis yang pesat membangun dengan pelan infrastruktur yang lebih maju.

Pihak Histourism – History & Tourism mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pelukis Negeri Perlis di atas sumbangan idea dan karya, menjadikan satu tarikan baharu buat pelancong dari luar dan dalam negara yang akan berkunjung ke Negeri Perlis. “ A true artist is not one who is inspired, but one who inspiries other “- Salvador Dali -Semoga Perlis terus maju dengan pelancongan berkualiti.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *