Lawatan Histourism ke Istana Negara

0 0
Read Time:47 Second

Khamis, 24 September 2020 adalah hari bersejarah bagi pihak Histourism – History & Tourism. Pihak Istana Negara melalui Dato Paduka Maharaja Lela, Dato Azuan Effendy telah menjemput kami untuk berkenalan dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latarbelakang Histourism.

Kami sendiri tidak sangka bahawa pihak istana cakna dan melihat page Histourism di Facebook. Pihak istana begitu berminat dan mengambil serius apabila terdapat rakyat yang meminati sejarah dan cuba mengangkat sejarah kearah fasa baru berkonsepkan pelancongan.

Diatas sebab tersebut maka kami selaku tulang belakang Histourism dijemput untuk berkongsi pandangan, idea, halatuju dan cabaran bagi pelancongan sejarah di Malaysia. Dato Azuan juga turut berkongsi banyak maklumat dan pengalaman beliau menguruskan adat istiadat diraja.

Dato juga memberi gambaran jelas mengenai peranan institusi diraja dan bertindak sebagai “check and balance” kepada lanskap politik di Malaysia.Hubungan Histourism dengan pihak Istana Negara tidak berakhir disini. Dato sendiri berminat untuk menjalinkan hubungan baik demi mengangkat sejarah negara. Kami akan memulakan projek kerjasama selepas ini.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *