Sejarah perlombongan Bijih Timah di Lukut

0 0
Read Time:3 Minute, 20 Second

Lukut adalah sebuah daerah yang terletak di Negeri Sembilan, namun sebelum tahun 1880 lokasi ini terletak didalam kawasan jajahan Selangor. Lukut adalah diantara kota terpenting didalam perusahaan timah bagi negeri Selangor selain daripada Kuala Lumpur. Ketika pemerintahan Sultan Muhammad (1826-1857), Raja Busu dan Raja Nala dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bijih timah. Selepas kematian Raja Busu, pentadbiran Lukut dikuasai Raja Jumaat sehingga 1864 dan diambil alih Raja Bot sehingga 1880.

Sejarah penggalian bijih timah di Lukut bermula semenjak awal 1800 lagi, pada waktu itu proses melombong hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Sehingga tahun 1815, Lukut terus berkembang dengan lebih 1000 orang penduduk. Terdapat lebih 200 orang penduduk Cina yang turut melombong dibawah Kongsi Gelap Ghee Hin. Aktiviti melombong terus berkembang sehingga mencetuskan persaingan diantara puak. Sultan Ibrahim (1778-1826) telah menghantar Raja Busu(Raja Hassan) bersama dengan orang Kedah dan orang Sungai Selangor untuk mengawal pentadbiran perlombongan disitu. Raja Busu menetapkan peraturan bahawa setiap aktiviti perlombongan perlu mendapat kebenaran daripada beliau. Peraturan tersebut telah mengurangkan aktiviti persaingan diantara pelombong. Selain itu, cukai sebanyak 10% dikenakan setiap kali jualan timah dilakukan. Lukut kembali aman dan sektor ekonomi mula berkembang dengan aktiviti pelacuran, penjualan arak dan candu.

Keamanan di Lukut tidak bertahan lama, setelah Raja Busu telah memonopoli pasaran timah dengan membeli semua hasil timah yang dihasilkan termasuk daripada kapitan Cina. Saudagar Cina yang tidak berpuas hati dengan Raja Busu telah mengadap Sultan Selangor namun tidak ada apa yang boleh dilakukan kerana Raja Busu sangat berpengaruh di Lukut. Saudagar Cina ini kemudiannya bertindak dengan cara sendiri iaitu menyerang orang Melayu. Kongsi Gelap Ghee Hin telah membuat rusuhan dengan membunuh, menyamun dan merompak orang Melayu. Kemudian dianggarkan seramai 400 orang Cina telah berkumpul dirumah Kongsi Gelap dan bergerak ke istana Raja Busu. Mereka telah menyerang dan membakar keseluruhan istana. Raja Busu dan keluarganya turut terbunuh. Kematian Raja Busu telah menyebabkan Lukut dikuasai sepenuhnya oleh Kapitan Cina dan Kongsi Gelap Ghee Hin.

Namun penguasaan itu tidak bertahan lama apabila diketahui Daeng Husin Riau. Susur galur beliau adalah daripada keturunan Daeng Parani, berdarah sama dengan kerabat Selangor. Beliau telah belayar dari kepulauan Riau dan bergabung dengan Melayu Klang. Mereka kemudiannya terus menyerang Lukut dan membunuh 1,000 pelombong. Seorang pahlawan Cina bernama Ah Chong yang dikenali kerana kekebalannya turut terkorban ditangan Daeng Husin. Lukut kini kembali ditadbir kerajaan Selangor, Raja Jaafar bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah. Apabila Raja Jaafar meninggal dunia,kawasan Lukut diwarisi oleh anaknya. Raja Jumaat semakin mendapat pengaruh sultan apabila membayar hutang sultan kepada taukeh Cina di Melaka sebanyak 35,000 pound pada tahun 1839. Kemudian pada tahun 1846, Raja Jumaat sekali lagi melangsaikan hutang sultan sebanyak $169,000.00 kepada saudagar Eropah dan Cina Melaka. Disebabkan jasa yang besar kepada sultan, Raja Jumaat mendapat kuasa penuh sebagai pentadbir dan pemungut cukai. Beliau juga memperkemaskan pentadbiran Lukut dengan menubuhkan mahkamah, balai polis, kastam dan pejabat pos.Hubungan Raja Jumaat bertambah akrab apabila menjadi menantu Sultan Muhammad dengan berkahwin dengan Tengku Sinai. Raja Abdullah iaitu adik kepada Raja Jumaat berkahwin dengan Raja Khalijah, anak kepada Raja Haji ibni Sultan Ibrahim.

Dengan mempunyai kekuasaan politik, hasil kekayaan Raja Jumaat bertambah kepada $10,000.00 setiap bulan hasil penjualan bijih timah. Pada tahun 1859, pendapatan Raja Jumaat bertambah lagi kepada $15,000.00 setiap bulan. Pentadbiran Raja Jumaat telah memberi keamanan kepada Lukut, ramai saudagar Cina telah datang ke Lukut untuk berniaga. Anaknya iaitu Raja Bot telah tinggal bersama dengan saudagar Cina bernama Chee Yam Chuan. Beliau telah diajar cara perniagaan orang Cina secara terus bersama saudagar tersebut. Raja Bot juga membantu Chee Yam Kuan membaca surat dan menulis surat perniagaan, ini menyebabkan Raja Bot mengetahui selok belok perniagaan yang dijalankan.

Pada tahun 1862. Dato’ Kelana Sendeng telah menuntut Lukut daripada Sultan Selangor. Menurutnya Lukut adalah sebahagian daripada Sungai Ujong dan sultan telah mengambilnya secara tidak adil. Sultan Abdul Samad telah bermesyuarat mengenai hal tersebut tanpa kehadiran Raja Jumaat. Perkara itu berlarutan tanpa penyelesaian sehingga Raja Jumaat Mangkat pada tahun 1864.

Rujukansabrizain.org

Jurnal Persatuan Muzium MalaysiaHaji Buyong Adil, Sejarah Selangor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *